Code: Buat Duit Dengan Keli

Product Information

Ahmad Albab » Product » Buku » Code: Buat Duit Dengan Keli

Siri Buat Duit menerangkan cara menambah pendapatan tambahan dengan melakukan aktiviti bisnes yang mudah, murah dan cepat. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari kerja sampingan bagi menambah pendapatan.

Mengandungi panduan yang lengkap sebelum dan selepas memulakan bisnes. Diterangkan dengan format yang mudah difahami, pembaca boleh terus membuka bisnes selepas tamat membaca.

Pada masa kini, pihak kerajaan menggalakkan rakyat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Pelbagai insentif dan kemudahan disediakan bagi membantu rakyat menceburkan diri dalam pertanian.

Sektor ternakan ikan air tawar semakin mendapat permintaan ramai terutama ikan keli kerana harganya lebih murah dan rasanya yang sedap. Selain mudah dibiakkan, cepat membesar dan tahan lasak ia boleh dimulakan dengan modal rendah. Turut menyentuh berkenaan pemakanan, penjagaan dan pengurusan bagi rujukan penternak dan juga bakal penternak. Rebutlah peluang ini dengan menjana pendapatan dengan ikan keli.

Isi Kandungan

Prakata
Penghargaan

Pengenalan
Lokasi
Sumber Bekalan
Tenaga Kerja
Jenis Sistem Menternak
Modal dan Kos
Pinjaman
Pendaftaran Syarikat
Mengurus Ternakan
Pembenihan Sendiri
Membuat Makanan Rumusan Sendiri
Harga Pasaran
Pemasaran
Saranan
Pengalaman Sebenar
Organisasi Berkaitan

Bibliografi
Indeks
Senarai Semak

Price: MYR 25.00

Shipping:MYR 4.50

Loading Updating cart...